Save on your hotel - HotelsCombined.com

Wednesday 30 January 2013

Penghuni yang dihantar ke Klinik Komuniti Beserah Pada 30.1.2013

Muhammad Zul Faiz b. Roslani dan Muhammad Ariff b. Mohd Johari

Pada hari ini 3 penghuni telah dihantar untuk mendapat rawatan di Klinik Komuniti Beserah. Mereka ialah:
1. Nur Pharisha Adlina bt. Mansor Mutaridi (5PPN) - Sakit kaki
2. Mohammad Arif b. Mohd Johari (5ABM) - Demam
3. Muhammad Zul Faiz b. Roslani (5EE) - Demam dan batuk

Kak Ngah dan Kak Ibah

Kak Ngah (kiri) dan Kak Ibah (kanan)

Kak Ngah dan Kak Ibah adalah pekerja Syarikat Kontraktor Pembersihan yang telah lama berkhidmat di asrama PUTERA Kolej Vokasional Kuantan. Kedua-dua merupakan pekerja contoh yang begitu berdedikasi. Pihak Pengurusan Asrama mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa-jasa  kedua-duanya yang banyak membantu kami dalam pengurusan kebersihan ASPURA.

Tuesday 29 January 2013

Lawatan Bekas Penghuni Asrama Tahun 2009-2010

Wan Ahmad Nor Iman telah hadir ke asrama untuk berjumpa dan mengucapkan terima kasih kepada semua warden yang sudi menjaga beliau di asrama ini pada tahun 2009-2010. Kini beliau adalah pelajar tahun kedua di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Semambu dalam bidang pengajian Diploma Elektronik Komunikasi. Kami semoga beliau terus berjaya dalam pelajarannya.


Wan Ahmad Nor Iman beramah mesra dengan warden Encik Hamir b K.M. Haider

Lawatan Pemantauan Oleh Guru Bertugas Mingguan Pada 30.1.2013

Terima kasih kepada guru bertugas mingguan En. Saiful Anuar, En. Norzelan dan Tn. Hj. Azhar yang telah sudi membuat pemantauan terhadap tahap makanan yang disediakan kepada penghuni asrama pada hari ini (selasa 30.1.2013)
Penghuni menikmati makanan tengahari masing-masing

Penghuni menikmati makanan tengahari masing-masing
Penghuni melupuskan sisa makanan dilokasi yang disediakan

Penghuni menikmati makanan tengahari masing-masing
 Penghuni menikmati makanan tengahari masing-masing

Monday 21 January 2013

Makan Tengahari 22.1.2013

Nasi minyak ayam masak kurma dan acar campuran

Kehilangan Dompet Di Dalam Loker Di ASPURI

Pada hari terakhir peperiksaan SPM tahun 2013 pelajar ini Junaidah bt Makhtar telah kehilangan dompetnya yang diletakkan di dalam loker. Jumlah duit di dalamnya melebihi nilai RM300. Kad pengenalan dan lain-lain dokumen penting juga ada dalam dompet tersebut.  Kepada mana-mana warga asrama yang terjumpa dompet beliau boleh menyerahkan kepada Pihak Pengurusan Asrama dan In Syaa Allah, kami akan membantu untuk memulangkan kembali kepada beliau. Ikhtibar yang kita boleh ambil dalam kes ini, walaupun kita jumpa,hak orang tetap hak orang. Kembalikan kepada tuannya yang hak. Jika kita jumpa dan kita jadikan hak kita, takut-takut nanti api neraka balasannya...

Jam Tangan Dijumpai Di Surau Kolej Vokasional Kuantan

Jam tangan ini telah dijumpai oleh seorang lagi insan yang jujur di surau Kolej Vokasional Kuantan. Pemilik jam ini boleh datang menuntutnya dengan Pihak Pengurusan Asrama Kolej Vokasional Kuantan. Semoga kejujuran menjadi amalan dalam hidup kita semua

Jujurnya Seorang Insan

Dompet ini telah ditemui di dalam longkang berhampiran dengan padang bolasepak Kolej Vokasional Kuantan oleh seorang insan yang JUJUR. Dompet ini telah di serahkan kepada Pihak Pengurusan Asrama Kolej Vokasional. Jumlah duit yang ada dalam dompet ini ialah RM37. Setelah semakan dibuat didapati dompet ini adalah milik salah seorang pelajar tahun satu yang baru mendaftar semalam. Untuk pengetahuan dompet ini telah selamat dikembalikan kepada pemiliknya. Semoga kejadian ini menjadi peringatan dan teladan yang baik untuk diikuti oleh semua warga asrama Kolej Vokasional Kuantan.

Kes Disiplin Asrama 12.1.2013

Kesalahan yang dilakukan ialah membawa telefon bimbit, membawa masuk sekotak rokok 
ke asrama (20 batang), membawa pemetik api, di tangkap sedang merokok di dalam 
Dorm Makmur Satu dan mengedar rokok kepada penghuni asrama yang lain.
 
 
 Kesalahan yang dilakukan ialah membawa masuk sekotak rokok ke asrama (20 batang), 
membawa pemetik api dan  merokok di dalam Dorm Makmur Satu
 

Kesalahan yang dilakukan ialah di tangkap sedang merokok di dalam Dorm Makmur Satu

Majlis Akujanji Rayuan Asrama Pelajar Tingkatan Lima 17.1.2013

Taklimat disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

Pelajar dan ibubapa yang hadir

Pelajar dan ibubapa yang hadir
 Pelajar dan ibubapa yang hadir
 Pelajar dan ibubapa yang hadir
 Pelajar dan ibubapa yang hadir

Pendaftaran rayuan asrama 21.1.2013

Proses pendaftaran kes rayuan pelajar tahun satu Kolej Vokasional Kuantan 

Penerangan secara individu untuk ibubapa

Barisan Pengawas Asrama yang siap sedia untuk membantu

Pelajar senior yang secara sukarela bersedia untuk membantu warden




Pendaftaran asrama 21.1.2013

Pintu masuk utama Asrama Putera Kolej Vokasional Kuantan

Pengawas asrama yang sedia bertugas semasa pendaftaran

Petugas pendaftaran asrama

Proses pendaftaran asrama pelajar tahun satu Kolej Vokasional Kuantan

Proses pendaftaran asrama pelajar tahun satu Kolej Vokasional Kuantan

 Proses pendaftaran asrama pelajar tahun satu Kolej Vokasional Kuantan

 Proses pendaftaran asrama pelajar tahun satu Kolej Vokasional Kuantan

 Proses pendaftaran asrama pelajar tahun satu Kolej Vokasional Kuantan

 Proses pendaftaran asrama pelajar tahun satu Kolej Vokasional Kuantan

Sebahagian daripada Pengawas Asrama yang bertugas semasa pendaftaran

Banjir Di Dorm Ehsan 21.1.2013

Banjir disebabkan oleh tekanan air tinggi di dalam tangki yang menyebabkan pelampung tercabut dan melimpah ke bahagian siling dan keluar melalui siling Dorm Ehsan Satu
 

Air banjir di ceduk ke dalam tong sampah dan dibawa keluar daripada Dorm
 

Semua tilam dan katil dalam Dorm Ehsan Satu dibasahi air
 

Pelajar membantu menceduk keluar air daripada lantai Dorm Ehsan Satu
 

Pelajar membantu menceduk keluar air daripada lantai Dorm Ehsan Satu
 
 
 Pelajar membantu menceduk keluar air daripada lantai Dorm Ehsan Dua
 
 
 Tilam gantian di keluarkan untuk menggantikan semua tilam yang basah

Friday 11 January 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA ASRAMA KALI PERTAMA TAHUN 2013

Tarikh: 14 Januari 2013
Hari: Isnin
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan Kolej Vokasional Kuantan
Pengerusi: Encik Ruslan bin Zainudin (Pengarah Kolej Vokasional Kuantan)

Agenda:
1. Ucapan pengerusi
2. Kemasukan pelajar tahun satu 2013
3. Bidang tugas Jawatankuasa Pengurusan Asrama
4. Hal-hal lain.
5. Ucapan penangguhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pintu Masuk Utama Kolej

Papan Tanda Komplek Asrama

Papan Tanda Komplek Asrama

Pejabat Asrama

Pejabat Penyelia Asrama

Pintu Masuk Asrama Putera

Pintu Masuk Asrama Puteri

Takwin Asrama Januari 2013

Takwin Asrama Februari 2013

Takwin Asrama Mac 2013

Takwin Asrama April 2013

Jadual Bertugas Warden Bulan Januari 2013

Jadual Bertugas Warden Bulan februari 2013

Jadual Bertugas Warden Bulan Mac 2013

Jadual Bertugas Warden Bulan April 2013