Pada hari terakhir peperiksaan SPM tahun 2013 pelajar ini Junaidah bt Makhtar telah kehilangan dompetnya yang diletakkan di dalam loker. Jumlah duit di dalamnya melebihi nilai RM300. Kad pengenalan dan lain-lain dokumen penting juga ada dalam dompet tersebut. Kepada mana-mana warga asrama yang terjumpa dompet beliau boleh menyerahkan kepada Pihak Pengurusan Asrama dan In Syaa Allah, kami akan membantu untuk memulangkan kembali kepada beliau. Ikhtibar yang kita boleh ambil dalam kes ini, walaupun kita jumpa,hak orang tetap hak orang. Kembalikan kepada tuannya yang hak. Jika kita jumpa dan kita jadikan hak kita, takut-takut nanti api neraka balasannya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment